Intro

DOKTOR DUIT itulah nama yang admin pilih untuk blog ini. Ianya dipilih bukan untuk menggambarkan pentadbir blog (Admin Doktor Duit) ini adalah seorang yang pakar atau sifu atau master dalam soal mengurus duit. Cuma admin memilih untuk mewujudkannya kerana admin suka dengan informasi berkaitan hal-hal pengurusan dan perancangan kewangan peribadi ini. Jadi apa salahnya jika admin kongsikan informasi tersebut dengan anda untuk manfaat bersama.

Dinamakan blog ini dengan ‘DOKTOR DUIT‘ adalah sekadar untuk memberikan sedikit keunikan dan kelainan daripada blog-blog yang seangkatan dengannya.

Tujuan blog DOKTOR DUIT diwujudkan adalah untuk  berkongsi informasi berkaitan pengurusan dan perancangan kewangan yang fokus kepada individu dengan sesiapa sahaja.

Segala informasi yang terdapat dalam artikel blog ini adalah bersumberkan daripada sedikit ilmu hasil dari seminar, pembacaan, pemerhatian dan pengalaman admin sendiri dalam hal ehwal pengurusan kewangan.

Segala informasi yang terkandung dalam blog DOKTOR DUIT tidak boleh dianggap sebagai khidmat nasihat professional. Anda digalakkan merujuk kepada Perancang / Penasihat Kewangan Bertauliah dan Berlesen jika memerlukan khidmat sedemikian.

Apa yang admin harapkan ialah anda beroleh manfaat (kalau tak banyak sikit pun jadilah) daripada setiap informasi yang admin kongsikan. Setidak-tidaknya ianya boleh dijadikan ‘saham’ untuk admin bawa ke alam barzakh nanti.

—————————————————

INTRO RINGKAS ADMIN DOKTOR DUIT

—————————————————-

ADD meminati ilmu pengurusan dan perancangan kewangan peribadi sejak dari zaman belajar lagi. Atas minat tersebut beliau menceburkan diri dalam industri ini secara sambilan ketika di tahun akhir pengajian di universiti. Dengan keinginan yang kuat dalam bidang ini beliau kini membuat pelaburan dengan mengikuti satu siri kursus persijilan professional yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia khusus dalam Perancangan Kewangan Islam di Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM).

Advertisements