PENGURUSAN RISIKO : Konsep Dan Cara Menguruskannya

RiskRisiko merupakan satu situasi ataupun keadaan di luar jangkaan manusia yang mana jika ianya berlaku akan memberi kesan tragis terutama dari sudut kewangan.

Sebagai contoh rumah yang anda duduki sekarang mengalami kebakaran atau kenderaan anda mengalami kemalangan atau kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian ketua keluarga yang merupakan sumber kewangan utama kepada  keluarga anda.

Kesemua situasi ini berlaku di luar jangkaan dan kawalan anda. Walaupun pelbagai langkah pencegahan telah diambil untuk cuba mengelak situasi ini dari berlaku namun jika telah ditakdirkan ianya tetap akan berlaku.

Berdasarkan contoh daripada situasi diatas kesan yang akan anda hadapi adalah berlakunya kerugian terhadap kemusnahan rumah dan kenderaan ataupun hilangnya sumber pendapatan keluarga akibat kematian seseorang ketua keluarga yang menyara kehidupan ahli keluarga anda sebelum ini.

Dalam aspek perancangan kewangan individu, mengurus risiko merupakan satu elemen terpenting dalam menentukan kejayaan sebuah pengurusan dan perancangan kewangan.

Oleh itu, untuk mengurus risiko maka ianya memerlukan satu ‘tool’ yang dipanggil perlindungan insurans.

Perlindungan ini berfungsi sebagai memberikan pampasan yang setara nilai dengan jumlah kerugian yang anda alami  jika berlaku apa-apa kerosakan atau kehilangan akibat daripada berlakunya situasi di luar jangka tadi.

Ianya merupakan timbal balik atas komitmen anda dalam membuat sumbangan kewangan setiap bulan dalam sesuatu polisi insurans yang diambil.

Memandangkan semua orang berkemungkinan untuk berhadapan dengan pelbagai risiko dalam kehidupan maka mengurus risiko itu merupakan satu perkara yang penting.

Menentukan nilai perlindungan yang diperlukan adalah amat penting agar ianya setimpal dengan dengan nilai kerugian yang dihadapi.

Ini kerana nilai kerugian yang terhasil daripada kejadian yang tidak diingini itu berkemungkinan  lebih tinggi dari kemampuan kewangan anda yang sediada.

Dengan mengambil salah satu contoh diatas iaitu kemusnahan rumah akibat kebakaran, ianya merupakan satu kerugian kewangan yang sangat tinggi.

Adalah agak mustahil untuk anda membina semula rumah yang telah musnah dengan wang simpanan yang ada memandangkan kos pembinaan rumah ketika ini yang sangat tinggi.

Jadi dari mana boleh anda dapatkan sumber kewangan bagi membiayai pembinaan semula rumah yang baru?

Satu lagi contoh, jika pasangan anda yang merupakan ketua keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan secara automatik seluruh ahli keluarga akan kehilangan sumber pendapatan.

Jadi apakah sumber pendapatan lain yang boleh membantu meringankan beban kewangan keluarga tersebut? Jawapannya adalah wang pampasan insurans.

Oleh yang demikian kefahaman tentang konsep risiko dan cara menguruskannya akan memberikan banyak kebaikan kepada anda khususnya dari sudut meringankan beban kewangan.

Memahami kepelbagaian produk insurans yang terdapat di pasaran dan juga ciri-cirinya juga penting bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam membuat pilihan yang seterusnya akan merugikan wang anda.

Dan yang paling ditakuti sekali ialah tanggapan yang mengatakan insurans konvensional adalah sama sahaja dengan insurans islam (takaful).

Kesilapan sebegini akan memberikan kemudaratan yang besar dalam hidup seorang muslim kerana mereka telah mengingkari larangan Allah SWT supaya menjauhi riba dengan melanggan polisi insurans konvensional. Nauzubillah…

Tulisan ini cuba untuk memberikan kefahaman tentang konsep asas pengurusan risiko dan bagaimana cara untuk anda menguruskannya.

Dengan memahaminya sedikit sebanyak akan memudahkan untuk memahami ciri-ciri produk insurans yang terdapat di pasaran yang semakin hari semakin pelbagai dan kompleks.

Perincian tentang ciri-ciri produk Ini memerlukan kepada ilmu yang lebih mendalam dan seharusnya diajukan kepada pihak syarikat insurans atau sekutunya sendiri.

Dengan perkongsian ringkas ini ADD berharap anda mendapat sedikit pencerahan dalam konteks pengurusan risiko dalam pengurusan dan perancangan kewangan peribadi.

Teruskan mengikuti blog DOKTOR DUIT untuk menerima perkongsian info berkaitan pengurusan dan perancangan kewangan peribadi di masa-masa akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s