AGIHAN PUSAKA : Cara Mengira Agihan Pusaka Dengan Faraid

faraidKali ni ADD bawakan satu senario sebuah keluarga yang dikira ‘standard’ di mana dalam sebuah keluarga diketuai oleh si suami, seorang Isteri dan lima orang anak yang terdiri daripada 2 kelaki dan tiga perempuan dan juga seorang ibu dan  bapa si suami.

Telah ditakdirkan si suami tadi telahpun meninggal dunia dan insan-insan di atas merupakan ahli waris si mati

Dengan mengandaikan bahawa urusan seperti kos pengurusan jenazah, hutang piutang, harta sepencarian dan wasiat si mati telah diselesaikan terdapat lebihan harta berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada ahli waris mengikut kaedah faraid.

Setelah merujuk kepada surah an-nisa ayat 11, maka kadar pembahagian harta pusaka bagi waris-waris si mati mengikut faraid adalah seperti berikut:-

1. Bahagian si ayah adalah sebanyak 1/6
2. Bahagian si ibu adalah sebanyak 1/6
3. Bahagian si isteri adalah sebanayk 1/8
4. Anak-anak mendapat lebihan daripada baki harta di mana anak lelaki akan menerima 2 bahagian dan anak perempuan akan menerima satu bahagian.

Oleh itu setiap seorang ahli waris akan menerima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti di atas. Dan jumlah bahagian masing-masing adalah seperti berikut:-

1. Si ayah mewarisi sebanyak RM500,000
2. Si ibu mewarisi sebanyak RM500,000
3. Si isteri mewarisi sebanyak RM375,000
4. Anak lelaki mewarisi sebanyak RM464,285 setiap seorang
5. Anak perempuan mewarisi sebanyak RM232,146 setiap seorang

Itulah jumlah nilai yang diterima oleh waris si mati berdasarkan agihan secara faraid.

Bagaimana ADD mendapatkan nilaian bahagian ahli waris ni?

Jom ADD tunjukan cara pengiraannya.

KAEDAH 1 : Tentukan dahulu nilai yang diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri si mati.

Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh ketiga-tiga ahli waris ni maka kita akan gunakan kaedah pecahan.

Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu si mati adalah 1/6 dan bahagian bagi isteri si mati adalah 1/8.

Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan di atas

Maka

Cara cari bahagian ahli waris

Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa keseluruhan bahagian harta peninggalan si mati adalah 24 bahagian. 4 bahagian masing-masing adalah untuk ayah dan ibu manakala si isteri mendapat 3 bahagian.

Langkah seterusnya kita perlu bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian untuk kita ketahui berapakah jumlah bagi setiap bahagian

Maka

nilai bagi setiap bahagian faraid

Jadi sekarang kita dah tahu berapa nilai bagi setiap bahagian. Merujuk kepada bahagian si ayah dan si ibu masing-masing mendapat 4 bahagian dengan nilai sebanyak RM500,000 (RM125,000 x 4) dan si isteri akan mendapat 3 bahagian dengan nilai sebanyak RM375,000 (RM125,000 x 4)

Keseluruhan bahagian yang telah diagihkan adalah sebanyak 11 bahagian (4 bahagian si ayah + 4 bahagian si ibu + 3 bahagian si isteri) daripada 24 bahagian. Maka terdapat lebihan sebanyak 13 bahagian yang masih belum ditentukan hak kepada baki ahli waris iaitu anak-anak si mati (2 lelaki dan 3 perempuan)

KAEDAH 2: Tentukan nilai yang diterima oleh anak-anak

Seperti mana yang ADD dah bagitau awal-awal tadi bahawa anak-anak si mati akan menerima lebihan harta setelah datuk, nenek dan ibunya mendapat bahagian masing-masing.

Memandangkan si mati mempunyai 2 orang anak lelaki maka pembahagian harta pusaka si mati akan terhenti setakat ini sahaja.

Jadi anak-anak lelaki si mati akan menerima dua bahagian manakala anak-anak perempuan si mati akan menerima 1 bahagian.

Maka

 kaedah kira bahagian anak

Nilai bagi lebihan harta pusaka si mati yang masih belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000 (RM3,000,000 – RM1,375,000).

Oleh itu, RM1,625,000 perlu dibahagi dengan 7 bahagian untuk mengetahui berapakah nilai bagi setiap bahagian. Maka ia menjadikan setiap bahagian bernilai RM232,142.86.

Dengan ini kita ketahui bahawa :-

Anak lelaki akan mewarisi baki harta pusaka si mati sebanyak RM464,285 (RM232,142 x 2 bahagian) setiap seorang dan anak-anak perempuan si mati pula mewarisi RM232,142.86 tiap-tiap seorang.

Begitulah cara dan kaedah pengiraan faraid dilakukan. Namun perlu diingat, apa yang ADD kongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa.

Bagi kes si mati yang tidak ada anak lelaki, atau selain daripada situasi di atas maka kadar pembahagiannya berubah mengikut kepada kadar yang dinyatakan dalam ayat 11 dan 12 dalam surah an-Nisaa’.

Satu perkara yang ADD nak tekankan disini ialah faraid adalah pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam apabila pilihan pembahagian sebelumnya tidak mendapat persetujuan semua ahli waris. Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.

Pentadbir harta pusaka merupakan individu / organisasi penting yang akan menguruskan proses pencairan segala aset si mati yang terbeku secara automatik sebaik sahaja si mati meninggal dunia.

Tanpa pentadbir harta pusaka maka tiadalah pengagihan harta pusaka dapat dibuat kepada waris. Perlantikan pentadbir harta pusaka sewaktu kita masih hidup hanya boleh dilakukan dengan menulis wasiat.

Semoga perkongsian kali ini akan memberikan pencerahan kepada anda tentang ilmu perancangan agihan harta pusaka Islam.

Advertisements

4 comments on “AGIHAN PUSAKA : Cara Mengira Agihan Pusaka Dengan Faraid

  1. asalamualaikum tuan,
    sekiranya anak lelaki sulung telah meninggal dunia terlebih dahulu daripada ayah beliau tetapi mempunyai waris (isteri,anak lelaki)
    setelah 2 tahun ayah beliau meninggal dunia (isteri juga telah meninggal)
    mempunyai 5 adik beradik dan telah membahagikn harta tersebut tetapi waris anak lelaki sulung itu tidak layak mendapat apa2.
    adakah cara ini betul utk kepastian.(alasan kerana anak meninggal dahulu daripada ayah)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s