PENTADBIR HARTA PUSAKA : Perananya Penting Dalam Menguruskan Wasiat

contoh-surat-wasiatAssalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru-baru ni ADD telah menghadiri satu refresh course tentang pengurusan agihan pusaka Islam. Sepanjang dua hari kursus tersebut banyak perkara berkaitan perancangan dan pengurusan harta pusaka dah pun dikemaskinikan dalam pengetahuan ADD.

Dalam banyak-banyak info yang ADD dapat dalam kursus tu ada satu perkara yang ADD nak share dengan korang semua.

Perkara yang ADD nak share ni adalah ‘master key’ yang boleh memudahkan korang semua dalam menguruskan proses pencairan harta pusaka bila sampai waktunya nanti.

Kat dalam surat khabar banyak laporan berkaitan dengan harta pusaka. Ada berita yang melaporkan kes pergaduhan ahli waris dan ada juga berita yang melaporkan kebimbangan pelbagai pihak akibat terlalu banyak jumlah aset yang tak dituntut dan tak boleh nak dimanfaatkan.

Kalau nak cerita pasal kes-kes begini memang tak habis. Selagi mana umat Islam tidak terdedah dengan ilmu pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selagi tulah kes-kes sebegini tetap akan timbul. Pendedahan tu bukanlah takde langsung cuma ianya tak begitu meluas.

Lagi satu perkara ialah bila sebut tentang harta pusaka ramai orang beranggapan bahawa ianya tak penting sebab “muda lagi…. lambat lagi nak mati” ataupun ada juga yang beranggapan bahawa “harta pun tak banyak cukup-cukup makan je” malah ada juga yang beranggapan bahawa “hutang lebih banyak dari harta” maka tak perlulah wasiat-wasiat ni.

Ni adalah ungkapan yang biasanya akan keluar dari mulut sebahagian masyarakat bila berbicara pasal harta pusaka khususnya tentang wasiat.

Mereka beranggapan wasiat itu adalah satu dokumen yang mengandungi ikrar dan hasrat si mati tentang bagaimana hartanya diagihkan dan siapa penerimanya. Itu saja!

Hakikatnya itu bukanlah tujuan utama mengapa sesuatu wasiat itu ditulis. Dalam urusan pentadbiran harta pusaka terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian.

Pertamanya ialah urusan proses mencairkan harta pusaka yang beku. Kedua ialah urusan pengagihan harta pusaka yang telah dicarikan tadi.

“Tak perlu nak buat wasiat pasal hukum faraid dah ada!”. Ini adalah salah satu ungkapan yang saya dengar daripada seseorang baru-baru ini.

Saya tak nafikan ramai yang tahu tentang cara pengagihan harta pusaka iaitu menerusi kaedah faraid. Disebabkan itu maka tak ramai yang nak ambil tahu cara dan kaedah praktikal bagaimana untuk menguruskan proses pencairan harta itu sebelum ianya dapat diagihkan mengikut kaedah faraid.

Nak agih ikut faraid macam mana kalau harta pusaka tu masih lagi beku? Nama dalam akaun bank, geran dan sijil-sijil pelaburan masih lagi nama Si Polan bin Si Polan walaupun Si Polan dah meninggal dunia.

Bagaimana ahli waris nak buat transaksi pengeluaran bagi pihak Si Polan tadi? Cukup ker hanya dengan mengemukakan bukti sijil kematian Si Polan untuk mendapatkan kebenaran pengeluaran wang Si Polan dari pihak bank?

Mustahil! Tidak semudah itu untuk ahli waris mendapatkan harta peninggalan Si Polan. Jadi bagaimanakah caranya?

Anda perlu tahu bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Oleh itu saluran undang-undanglah cara yang diiktiraf untuk mendapatkan semua harta pusaka si mati. Bagi urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam ianya melibatkan undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Proses pengurusan dan pentadbiran harta pusaka hanya akan bermula bila pentadbir harta pusaka menjalankan fungsinya.

Melantik pentadbir harta pusaka tidaklah boleh dilakukan secara verbal. Just sebut nama sapa-sapa yang anda percaya begitu jer. Tak boleh macam tu! Ianya mesti dibuat secara teratur mengikut peraturan yang dah disediakan.

So, untuk melantik pentadbir harta pusaka ni anda kenalah menulis wasiat. Ketika merangka deraf wasiat tu masukanlah nama sesiapa yang anda percaya dan boleh diharap 100% untuk menjalankan segala amanah yang anda berikan kepadanya.

Bila dah puas hati dengan draf, carilah dua orang saksi (lelaki muslim) dan tandatangan dokumen tu depan mereka. Mereka pun perlu tandatangan jugak pada dokumen wasiat tersebut. Tadaaa… lengkaplah proses perlantikan pentadbir bagi harta pusaka yang bakal anda tinggalakan nanti.

Mengapa perlantikan pentadbir harta pusaka hanya boleh dibuat menerusi penulisan wasiat?

Haaa… mungkin ada yang terfikir soalan macam ni kan? Jawapanya mudah… Dokumen / surat wasiat adalah satu dokumen yang sah dan diterima pakai oleh undang-undang. Oleh yang demikian, segala arahan dan hasrat si mati yang terkandung dalam dokumen tersebut mesti dilaksanakan seawal mungkin oleh pentadbir setelah si mati meninggal dunia. Senang ceritanya dokumen wasiat ni ada KUASA UNDANG-UNDANG lah ya…

Setakat ni anda nampak tak apa yang saya nak stresskan kat sini? Kalau tak nampak lagi baik saya bagi tau. Asal pokok permasalahan yang berkaitan dengan harta pusaka ialah tiada perlantikan pentadbir kepada aset yang bakal ditinggalkan.

Tak kiralah berapa banyak pun aset yang anda miliki. Dengan perlantikan pentadbir harta pusaka yang dibuat ketika anda masih hidup memberikan banyak kemudahan kepada ahli waris.

Ketepikan perasangka yang bukan-bukan yang boleh merencatkan hasrat anda untuk melantik pentadbir. Adalah satu usaha yang sangat sia-sia bila harta yang anda kumpulkan penat-penat ketika hidup langsung tidak dapat dimanfaatkan sebaik saja anda meninggal dunia apabila ahli waris yang dilantik sebagai pentadbir setelah kematian anda tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut.

Adalah lebih baik untuk anda melantiknya mulai dari sekarang! Sebab mati tu pasti datang kepada anda. Cuma bila waktunya samada cepat atau lambat tidak siapa yang tahu.

Sebagai seorang muslim, manfaat harta yang diperolehi tidaklah terhenti sebaik anda meninggal dunia jika ditadbir urus dengan bijak. Jadi, rancanglah sebaik mungkin segala aset anda untuk meraih kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Jadi ADD sangat berharap kepada anda yang dah tahu dan dah sedar akan peranan penting si pentadbir harta pusaka ni sebar-sebarkanlah pada ahli keluarga, jiran-jiran dan juga sahabat-sahabat anda. Setidak-tidaknya anda dah melepaskan beban tanggungjawab sebagai orang yang berilmu yang menyampaikan ilmunya untuk manfaat orang lain. Allahu a’lam.

Advertisements

One comment on “PENTADBIR HARTA PUSAKA : Perananya Penting Dalam Menguruskan Wasiat

  1. Pingback: AGIHAN PUSAKA : Cara Mengira Agihan Pusaka Dengan Faraid | Doktor Duit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s