Nilai Aset Bersih : ‘Tool’ Berguna Untuk Mengukur Kekayaan Anda

COUNTINGAssalamualaikum & Salam hormat..

Untuk posting kali ni blog DOKOTR DUIT nak kongsikan dengan anda cara bagaimana nak tentukan kedudukan kewangan anda sama ada anda ni dikira kaya atau sebaliknya.

Kebanyakan orang mengganggap dengan memiliki wang berkepuk-kepuk dalam akaun bank atau memiliki pegangan saham syarikat-syarikat menjadikan mereka cukup kaya.

Mungkin anda jugak pernah dengar seseorang mengungkapkan ungkapan seperti ni “Aku kaya! Aku ada banyak wang di bank, aku ada rumah sewa, tanah dan lot-lot kedai…”

Betul ke semua yang disebutkan itu adalah penentu kekayaan seseorang?

Dari sudut pandangan umum semua tu adalah cara paling mudah nak menentukan status seseorang samada kaya atau sebaliknya.

Namun dalam konteks pengurusan kewangan peribadi, wang di bank, saham-saham, rumah-rumah sewa, tanah dan sebagainya bukanlah penentu atau pengukur kekayaan seseorang.

Sebaliknya dengan mengetahui kedudukan NILAI ASET BERSIH atau NET WORTH seseorang adalah merupakan cara terbaik bagi menentukan tahap kedudukan kewangan seseorang.

Hasil kiraan Nilai Aset Bersih aset anda akan memberitahu anda samada anda memiliki nilai aset bersih yang positif atau sebaliknya.

Ya! anda mungkin merasakan dengan memiliki wang yang banyak di bank anda sudah kaya. Tapi ingat! Tu bukan kesudahannya. Jangan lupa LIABILITI yang anda ada!

Apa guna memiliki wang yang banyak jika sebahagiannya terpaksa dihabiskan untuk membayar hutang saja!

Di sini admin nak kongsikan cara bagaimana untuk mengira Nilai Aset Bersih Anda. Dengan mengetahui caranya admin harap anda luangkan sedikit masa untuk mengukur tahap kekayaan anda sendiri.

Bagaimana nak tau yang anda memiliki positive net worth atau sebaliknya?

Jom admin kongsikan formulanya seperti yang berikut:-

 

net-worth-formula

 

ASSET merupakan semua jenis harta yang anda miliki seperti wang tunai, saham, logam berharga, rumah, tanah dan sebagainya.

LIABILITI merupakan semua hutang piutang yang dimiliki seperti hutang rumah, kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman pendidikan dan sebagainya.

Jadi, ambil sedikit masa untuk menilai kembali kedudukan kewangan anda yang dimiliki ketika ini. Anda boleh melakukan semakan semula kedudukan kewangan anda setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali.

Dengan cara ni anda boleh merancang strategi tertentu untuk meningkatkan pemilikan aset dan meminimumkan komitmen hutang anda supaya Net Worth anda sentiasa berada dalam kedudukan yang positif.

Diharap dengan sedikit perkongsian ini anda mendapat sedikit ilmu. Jadikan ia sebagai amalan supaya kehidupan anda tidak dibelenggu dengan masalah kewangan kelak.

Itu saja perkongsian dari admin menerusi blog DOKTOR DUIT ni. InsyaAllah akan datang akan ada banyak lagi perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk anda.

Wassalam.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s