GST : Kesan Dan Cara Mengurangkannya

GST-Malaysia(1)Assalamualaikum & Salam Hormat,

Salam pengenalan buat anda yang sudi singgah ke blog DOKTOR DUIT. Salam pengenalan juga daripada admin kerana ini adalah kiriman pertama admin di blog ini.

Memandangkan kewujudan blog DOKTOR DUIT ini begitu hampir dengan tarikh perlaksanaan GST pada 1 April 2015 nanti, admin nak sembang sikit pasal GST ni dari sudut kita (anda dan juga admin) sebagai pengguna akhir (end user) yang dipaksa untuk merelakan (walaupun tak rela sebenarnya) perlaksanaannya.

Point yang admin nak tekankan kat sini bukan point pasal bagus ke tak GST ni atau apa-apa isu teknikal berkaitan dengannya. Admin nak ‘highlight’kan kat sini adalah kesan perlaksanaan GST terhadap rakyat marhaen secara ringkas.

Asas kewujudan GST ni semua orang tau iaitu nak tambahkan pendapatan negara. Memandangkan negara kita sekarang ni mengalami defisit (akibat berbelanja melebihi pendapatan) yang tinggi nak tak nak pihak pentadbiran tertinggi negara terpaksa melaksanakannya. Kalau tak, pelabur luar tak lagi berminat nak melabur kat Malaysia. Bila pelabur asing kurang maka pendapatan negara pun juga kurang. Al begitulah serba ringkas kisahnya.

Bila GST ni dilaksanakan nanti apa pulak kesannya kepada rakyat? Bagi pihak ‘berhaluan kanan’ cakap harga barang akan turun manakala pihak ‘berhaluan kiri’ mengatakan harga barang akan melambung naik. Mana satu fakta yang betul ni? Mana satu fakta yang boleh pakai ni? Haaa… kita semua dah jadi pening kepala kan…

Ye la.. mana tak peningnya… gaji bulan-bulan ciput jer pun. Sekarang ni pun kos sara hidup tinggi. Bila GST dilaksanakan nanti harga barang lagi melambung. Yang melambung naik ni la feedback yang admin paling banyak dengar dari mulut peniaga sendiri.

Sebagai rakyat marhaen dan juga pengguna apa jalan penyelesaiannya? Nak boikot barang-barang dan perkhidmatan? Jangan bos… nanti tak berasap dapur… jangan sampai anak isteri tak makan.. Habis nak buat macam mana?

Apa yang boleh admin syorkan kat sini ialah anda mesti meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dengan belajar kaedah pengurusan sumber kewangan secara sistematik dan mengamalkan amalan berbelanja secara berhemah. Berbelanjalah mengikut KEPERLUAN dan ketepikan atau tangguhkan dulu perbelanjaan untuk barangan atau perkhidmatan yang lebih bersifat memenuhi KEHENDAK diri anda.

Pendek kata anda perlu MENGAWAL sumber kewangan anda sebaik mungkin untuk mengurangkan kesan perlaksanaan GST nanti.

Admin harap dengan sedikit syor ni boleh membantu anda mengurangkan tekanan perasaan dan kesan-kesan lain yang mungkin wujujud dengan perlaksanaan GST ni nanti.

Sekali lagi terima kasih admin ucapkan kepada anda kerana sudi singgah ke blog DOKTOR DUIT yang tak seberapa ni. InsyaAllah admin akan kongsikan info-info yang berkaitan dengan pengurusan dan perancangan kewangan peribadi dengan anda dari masa ke semasa.

#BerilmuBeramalBerjaya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s