PENGURUSAN RISIKO : Konsep Dan Cara Menguruskannya

RiskRisiko merupakan satu situasi ataupun keadaan di luar jangkaan manusia yang mana jika ianya berlaku akan memberi kesan tragis terutama dari sudut kewangan.

Sebagai contoh rumah yang anda duduki sekarang mengalami kebakaran atau kenderaan anda mengalami kemalangan atau kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian ketua keluarga yang merupakan sumber kewangan utama kepada  keluarga anda.

Kesemua situasi ini berlaku di luar jangkaan dan kawalan anda. Walaupun pelbagai langkah pencegahan telah diambil untuk cuba mengelak situasi ini dari berlaku namun jika telah ditakdirkan ianya tetap akan berlaku. Teruskan membaca

Advertisements

HARTA PUSAKA : Kenapa Mesti Merancang Cara Agihannya?

Peti-harta-karun-650x650Perancangan agihan harta pusaka bermaksud satu perancangan agihan yang dibuat terhadap harta anda yang bakal menjadi harta pusaka sebaik saja anda meninggal dunia. Anda boleh merancang agihannya mengikut keinginan dan hasrat anda dan ianya mestilah dibuat berlandaskan hukum syara’.

Dengan membuat perancangan agihan harta pusaka ketika anda masih hidup ianya akan memberikan kemudahan kepada pentadbir harta pusaka yang dilantik ketika hayat anda dan seterusnya harta tersebut dapat dicairkan untuk diagihkan mengikut arahan dan hasrat yang terkandung dalam surat wasiat anda.

Anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa proses yang berbeza dalam mengurus harta pusaka yang berwasiat dan tidak berwasiat. Dalam proses pengurusan harta pusaka berwasiat, sebaik sahaja anda meninggal dunia pentadbir harta pusaka yang telah dilantik boleh terus ke mahkamah tinggi untuk mendapatkan probate yang merupakan kuasa mentadbir harta pusaka anda dan setelah itu harta pusaka yang terbeku tadi boleh terus dicairkan. Teruskan membaca

AGIHAN PUSAKA : Cara Mengira Agihan Pusaka Dengan Faraid

faraidKali ni ADD bawakan satu senario sebuah keluarga yang dikira ‘standard’ di mana dalam sebuah keluarga diketuai oleh si suami, seorang Isteri dan lima orang anak yang terdiri daripada 2 kelaki dan tiga perempuan dan juga seorang ibu dan  bapa si suami.

Telah ditakdirkan si suami tadi telahpun meninggal dunia dan insan-insan di atas merupakan ahli waris si mati

Dengan mengandaikan bahawa urusan seperti kos pengurusan jenazah, hutang piutang, harta sepencarian dan wasiat si mati telah diselesaikan terdapat lebihan harta berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada ahli waris mengikut kaedah faraid. Teruskan membaca

PENTADBIR HARTA PUSAKA : Perananya Penting Dalam Menguruskan Wasiat

contoh-surat-wasiatAssalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru-baru ni ADD telah menghadiri satu refresh course tentang pengurusan agihan pusaka Islam. Sepanjang dua hari kursus tersebut banyak perkara berkaitan perancangan dan pengurusan harta pusaka dah pun dikemaskinikan dalam pengetahuan ADD.

Dalam banyak-banyak info yang ADD dapat dalam kursus tu ada satu perkara yang ADD nak share dengan korang semua.

Perkara yang ADD nak share ni adalah ‘master key’ yang boleh memudahkan korang semua dalam menguruskan proses pencairan harta pusaka bila sampai waktunya nanti. Teruskan membaca

Nilai Aset Bersih : ‘Tool’ Berguna Untuk Mengukur Kekayaan Anda

COUNTINGAssalamualaikum & Salam hormat..

Untuk posting kali ni blog DOKOTR DUIT nak kongsikan dengan anda cara bagaimana nak tentukan kedudukan kewangan anda sama ada anda ni dikira kaya atau sebaliknya.

Kebanyakan orang mengganggap dengan memiliki wang berkepuk-kepuk dalam akaun bank atau memiliki pegangan saham syarikat-syarikat menjadikan mereka cukup kaya.

Mungkin anda jugak pernah dengar seseorang mengungkapkan ungkapan seperti ni “Aku kaya! Aku ada banyak wang di bank, aku ada rumah sewa, tanah dan lot-lot kedai…” Teruskan membaca